KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan diskaun sehingga RM5,000 untuk model Perodua terpilih yang ditempah serta didaftarkan secara eksklusif pada bulan Disember 2016.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, sebagai tanda terima kasih kepada orang ramai yang menyokong jenama ini, mereka akan sentiasa memastikan pelanggan mendapat produk dan perkhidmatan terbaik serta menawarkan pelbagai pakej menarik.
“Tawaran ini pastinya berbaloi kepada mereka yang ingin membeli kenderaan Perodua kerana selain pengurangan harga kami sedang memaksimumkan penghantaran semua pesanan untuk diserahkan kepada pembeli agar mendapat kenderaan tepat pada masanya,” katanya.
Untuk model Myvi 1.5 Perodua menawarkan pengurangan harga sehingga RM5,000 manakala Alza 1.5 sehingga RM3,000, Axia 1.0 sehingga RM1,200 dan untuk model Bezza 1.3 sehingga RM3,200.
- Harian Metro
Perodua Tawar Diskaun Sehingga RM5,000
Reviewed by Unknown
on
December 05, 2016
Rating:

No comments: