Seo Services

PM New Zealand Umum Letak Jawatan Kerana ‘Isteri Sunyi’


JOHN Key mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas lapan tahun meneraju negara itu, hari ini.

Memetik laporan New Zealand Herald, Key meletak jawatan dipercayai kerana mahu memenuhi permintaan isterinya, Bronagh.

Key yang mengumumkan perkara tersebut dengan penuh emosi kepada Kabinet berkata, ia adalah satu keputusan yang sukar.

"Ini adalah keputusan yang paling sukar yang pernah saya buat dan saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan selepas ini,” katanya dipetik New Zealand Herald.

Key berkata, tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri menuntut banyak pengorbanan besar termasuk meninggalkan orang-orang yang tersayang.

Bronagh pernah berdepan dengan banyak ‘kesunyian malam’ dan kedua-dua anaknya, Stephie dan Max berada 'pada tahap pencerobohan luar biasa', jelas Key memetik portal tersebut.

"Bronagh telah melakukan pengorbanan yang besar semasa saya dalam politik, dan sekarang adalah masa yang sesuai bagi saya untuk berundur dalam kerjaya dan menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Key bertemu dengan isterinya, Bronagh semasa menghadiri Burnside High School. Pasangan itu berkahwin pada 1984 dan dikurniakan dua orang anak, Stephie dan Max.

Bill English dijangka memangku jawatan Perdana Menteri dan Stesen Joyce akan mengambil alih hal ehwal kewangan.

Parti National akan mengadakan mesyuarat kaukus bagi memutuskan pemimpin parti dan Perdana Menteri baharu, pada 12 Disember ini. - MalaysianDigest
PM New Zealand Umum Letak Jawatan Kerana ‘Isteri Sunyi’ PM New Zealand Umum Letak Jawatan Kerana ‘Isteri Sunyi’ Reviewed by Unknown on December 05, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.