PERMULAAN tahun 2017 diselitkan dengan khabar-khabar gembira dari selebriti kerana kebanyakan mereka memilih tahun ini sebagai tahun untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.
Terbaru penyanyi Hazama yang selamat melangsungkan perkahwinannya bersama pasangan tercinta iaitu Genervie Kam selain pelakon Mia Ahmad dan yang bakal menyusul juga iaitu pelakon Siti Saleha bersama pasangan Lutfi yang dijangka melagsungkan perkahwinan selepas sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitfri akan datang.
Kini pelakon dan pelawak Ammar atau Ammar Titan dikhabarkan sedang mencari suri hati untuk menamatkan zaman bujangnya.
Pelawak dan pengacara berusia 30 tahun ini menerusi sebuah portal hiburan tempatan menyatakan hasrat utuk terus melamar sahaja wanita yang dirasakan bersesuaian untuk duduk di singgahsana hatinya.
“Andai ada yang bersesuaian saya akan terus lamar. Cukup saya mengetahui bahawa bakal isteri mampu memberikan kasih sayang dan menjaga saya serta anak-anak kami nanti. Hal kewangan, pendidikan agama dan kebajikan biar saya yang tanggung,” katanya kepada Media Hiburan.
Meskipun begitu, pelawak ini turut mendedahkan bahawa setakat hari ini dirinya masih lagi solo selepas mengalami detik hitam putus tunang.
Tambahnya lagi, segala berkaitan dengan jodoh diserahkan kepada ketentuan Ilahi sama ada cepat atau lambat.
“Biasalah, selalu orang akan tanya bila nak kahwin. Macam orang lain takut dengan soalan begitu dan takut tak kahwin.
“Tapi bagi saya kadang-kadang kita tak perlu takut kerana tidak semestinya orang yang dirancang oleh Allah kahwin lambat dipandang rendah, ada juga orang yang kahwin awal jodohnya tak berpanjangan, jadi semua ini perancangan Allah. Kita kena reda,” jelasnya.
Selain Ammar, ada juga di kalangan selebriti yang masih lagi single mahupun berstatus janda ‘hot’ turut ‘berlumba-lumba’ untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.
Baru-baru ini tular video pelakon dan ibu tunggal, Rita Rudaini berseloroh meminta jejaka di luar sana untuk masuk meminangnya serta pelakon kecil molek Elfira Loy yang mendakwa dirinya sudah bersedia untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC
“Andai Ada Yang Bersesuaian Saya Akan Lamar” – Ammar
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: