KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hanya menjana 33 peratus Keluaran Dalam Negara (KDN) bagi keseluruhan Asean.
Ketua Komuniti Ekonomi Asean (AEC) Asia Tenggara dan Singapura, Jeff Pirie berkata, jumlah tersebut menunjukkan bahawa keseluruhan potensi PKS tidak di gunakan sepenuhnya bagi memaksimakan sumbangan mereka kepada negara.
“Terdapat ruang yang masih perlu diperbaiki supaya kesemua potensi yg ada dapat dimanfaatkan. Sebagai contoh, PKS di Kesatuan Eropah (EU) menyumbang 58 peratus KDN sekali gus memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara mereka,” katanya ketika membentangkan laporan Ekonomi Digital dan Data Tanpa Batasan di sini hari ini.- Utusan Malaysia
PKS Hanya Jana 33 Peratus KDN Asean
Reviewed by uMieySurianie
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: