KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat yang dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan semalam, diramal berterusan hingga esok.
Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang timur laut dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Sabah dan Labuan sehingga Isnin ini.

Keadaan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Dalam pada itu, ribut petir di perairan daerah Bintulu dan Mukah di Sarawak dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter. - BH
Hujan Lebat Di Pantai Timur Hingga Esok
Reviewed by Azmin
on
January 19, 2017
Rating:
No comments: