Seo Services

Kes Bunuh Bill Kayong: Mahkamah Tetap 31 Hari Perbicaraan Empat Suspek


MIRI: Mahkamah Tinggi menetapkan 31 hari untuk perbicaraan kes empat lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bergelar datuk dituduh membunuh pemimpin PKR Miri, Bill Kayong

Tarikh yang ditetapkan adalah pada 7 hingga 10 Mac, 13 hingga 15 Mac, 27 hingga 31 Mac, 22 hingga 26 Mei, 5 hingga 9 Jun, 12 hingga 16 Jun dan 19 hingga 22 Jun tahum ini.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Ravinthran N. Paramaguru setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak pendakwa dan keempat-empat peguam bela mewakili empat tertuduh dalam kes ini.

Manakala keempat-empat tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh perbicaraan itu.

Terdahulu, Ravinthran merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah memberitahu bahawa beliau akan mendengar perbicaraan kes itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, keempat-empat tertuduh kelihatan tenang duduk di dalam kandang tertuduh.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tetuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasaraya Emart (Tudan), Jalan Kuala-Baram Bypass di sini.

Manakala tiga lagi tertuduh iaitu Lie Chang Loon, 37, dari Taman Pin Fook, Chin Wui Chung, 50, dari Lorong 5 Krokop dan Lee Chee Kiang (Datuk Stephen Lee), 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjung Lobang di sini masing-masing telah didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang turut memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, ketiga-tiga tertuduh bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri selaku Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Bahrin Omar dan dibantu Noor Fadzila Ishak.

Manakala Fitri diwakili peguam bela Ranbir Singh, Lie diwakili Arthur Lee, Chin diwakili David Kuok dan Lee (Stephen Lee) diwakili oleh Orlando Chua.-UB
Kes Bunuh Bill Kayong: Mahkamah Tetap 31 Hari Perbicaraan Empat Suspek  Kes Bunuh Bill Kayong: Mahkamah Tetap 31 Hari Perbicaraan Empat Suspek Reviewed by Unknown on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.