Seo Services

Kabinet Baru Sarawak Akan Dibentuk Esok


KUCHING: Barisan kabinet baharu kerajaan negeri Sarawak dijangka diketahui esok bagi Timbalan Ketua Menteri, Menteri dan Menteri Muda dibawah Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Menurut kenyataan Jabatan penerangan pada selasa, dijangka majlis tersebut akan berlansung pada pagi esok di Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya.

Abang Johari yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke enam pada Jumaat lalu dilaporkan akan membentuk semula kabinet susulan kekosongan beberapa jawatan.

Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing dalam kabinet yang dipimpin Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Dalam amalan sebelum ini, Ketua Menteri akan memegang portfolio Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, justeru Abang Johari dijangka akan meneruskannya.

Sarawak dijangka menerima seorang timbalan ketua menteri baharu bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Abang Johari.

Desas-desus menyatakan Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan mengisi kekosongan itu memandangkan beliau pemimpin paling kanan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Awang Tengah juga merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri.

Selain itu, seorang pemimpin kanan PBB dijangka mengisi kekosongan jawatan menteri perumahan dan urbanisasi serta menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, dua portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Abang Johari.

Kabinet sekarang dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) memperolehi kejayaan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.– Sarawakiana

Kabinet Baru Sarawak Akan Dibentuk Esok Kabinet Baru Sarawak Akan Dibentuk Esok Reviewed by uMieySurianie on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.