Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Lelaki ini, Zhang, sanggup menjual bayi lelakinya yang berusia lima bulan semata-mata bagi membelikan kereta kepada isterinya, agar wanita itu bersetuju bercerai dengannya.
Lelaki itu telah ditangkap ketika dia memegang bayinya dalam cuaca yang sejuk membeku di tepi jalan di Linyi, China. Ketika itu Zhang sedang menunggu seorang pembeli.
Dia bersetuju menjual anaknya pada harga RM53,000 kepada orang asing yang hanya dikenalinya dalam internet.
Zhang telah ditangkap oleh polis selepas dia dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Selepas disoal, dia memberitahu terpaksa menjual anaknya kerana isterinya menuntut sebuah kereta sebagai syarat untuk bercerai. Selain itu dia juga menyatakan kesukaran untuk memelihara anaknya memandangkan dia akan bercerai.
Perbuatannya itu telah dikecam ramai dan Zhang dianggap sebagai kejam dan tidak berhati perut. – MYNEWSHUB.CC
Sanggup Jual Anak Untuk Beli Kereta
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: