SELAMA hampir 10 tahun, seorang bekas pekerja kilang besi tinggal hidup bersendirian di dalam sebuah gua kecil di pinggir pekan Zenica di Bosnia.
Lelaki tersebut, Zarko Hrgic hanya bergantung kepada sisa makanan yang dikutip di tong sampah selain ihsan orang ramai untuk meneruskan kehidupan sehariannya.
Menurut Zarko, pada usia remaja, dia bekerja di kilang besi di Zenica tetapi kemudiannya mencuba nasib bekerja di Jerman selepas perkahwinannya hancur kira-kira 30 tahun lalu.
Jelasnya, sepanjang di Jerman, dia terlibat dalam banyak pekerjaan sebelum dihantar pulang ke Bosnia pada 10 tahun lalu kerana tinggal di negara terbabit secara haram.
Namun nasibnya bertambah malang apabila rumah pangsapurinya musnah akibat Perang Bosnia dan menyebabkan dia hidup merempat.
"Tanpa sebarang wang simpanan dan tiada pihak yang mahu membantu, saya mengambil keputusan untuk tinggal di dalam sebuah gua di tebing Sungai Babina yang pernah digunakan sebagai stor menyimpan bahan letupan oleh pelombong.
"Pada awalnya saya mahu tinggal di situ buat sementara, tetapi kini sudah 10 tahun berlalu," katanya yang kini tinggal bersama 13 ekor anjing jalanan.
Zarko tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan kerana merasakan dirinya tidak layak.
Mengulas tentang rutin hariannya, Zarko berkata, dia akan mencari bahan makanan dalam tong sampah tiga kali sehari.
Jika gagal, dia akan mengambil upah memotong kayu untuk penduduk tempatan dan menggunakan wang tersebut membeli makanan.
"Kini pada usia 62 tahun, saya hanya perlu menunggu tiga tahun lagi sebelum layak menerima pencen dari kerajaan Bosnia dan Jerman.
"Saya berharap duit pencen itu boleh digunakan untuk membeli rumah," katanya.-mStar
Lelaki Bosnia Tinggal Dalam Gua Sejak 10 Tahun Lalu
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: