PUTRAJAYA: Malaysia dan Jepun bersetuju meningkatkan kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi, terutama berkaitan penyiaran dan keselamatan siber.
Perkara itu terkandung dalam Memorandum Kerjasama (MoC) mengenai Maklumat dan Komunikasi yang ditandatangani Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Hal Ehwal dalam Negeri dan Komunikasi Jepun Sanae Takaichi di sini pada Selasa.
Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Antarabangsa Kementerian Komunikasi dan Multimedia, MoC itu bertujuan meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat, terutama penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan bencana, aspek ICT dalam keselamatan siber, Mobile Digital Wallet, 5G dan Internet of Things (IoT).
"Dengan termeterainya MoC itu, kedua-dua negara bersetuju untuk menggalakkan aktiviti dalam sektor penyiaran seperti penerbitan bersama bahan penyiaran, termasuk kandungan digital, pertukaran kepakaran dan kerjasama dalam sistem berkaitan digital untuk manfaat kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA
Malaysia, Jepun Tandatangani MoC Tingkatkan Kerjasama Bidang Maklumat Dan Komunikasi
Reviewed by Unknown
on
January 18, 2017
Rating:
No comments: