Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR sentiasa bersedia jika Dewan Rakyat dibubarkan pada tahun ini dan Plilihan Raya Umum (PRU14) diadakan.
Ini kerana sudah menjadi tugas hakiki kepada badan itu adalah mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.
“Kita memang bersedia sepanjang masa sebab kerja kita memang mengendalikan pilihan raya. Kalau kita tidak bersedia bererti bukan menjadi kerja kita sebab itu kalau media kaitkan tentang politik, itu bukan kerja kita, itu kerja orang politik.
“Apabila dibubarkan Dewan Rakyat kita akan ambil tindakan-tindakan yang sepatutnya bila-bila masa sahaja,” kata Mohd Hashim.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat khas mengenai Pillihan Raya Kecil (PRK) N.03 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak di Putrajaya pada Khamis.
Menjawab mengenai kekosongan kerusi DUN N01 Sungai Air Tawar, Mohd Hashim berkata SPR berkata tiada PRK akan diadakan.
Pihaknya telah menerima surat daripada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan pada18 Januari 2017 berikutan kematian penyandangnya Kamarol Zaki Abdul Malik.
“Speaker DUN Selangor telah dimaklumkan kekosongan tersebut tidak menjejaskan kuasa majoriti yang membentuk DUN Selangor, oleh itu SPR memutuskan tiada PRK bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut mengikut Undang-Undang tubuh negeri Selangor,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar 17 januari lalu.
Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.
Menurut Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.
Dalam PRU lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.
SPR Siap Sedia Jika PRU14 Diadakan Awal
Reviewed by Unknown
on
January 19, 2017
Rating:
No comments: