Seo Services

Thailand Mungkin Rugi RM15.16 Bilion Akibat Banjir



Bangkok: Kerosakan ekonomi daripada bencana banjir di selatan Thailand mungkin meningkat kepada 120 bilion baht (RM15.16 bilion) sekiranya hujan masih turun dan air masih belum kering di ladang getah dan kelapa sawit, kata Dewan Perniagaan Thailand semalam.

Naib Pengerusi dewan itu, Vichai Assarasakorn berkata, pokok getah boleh mati selepas 20 hari dalam air banjir dan pokok kelapa sawit dalam tempoh sebulan.

“Sekiranya banjir yang bermula pada awal bulan ini dan merebak di 12 wilayah kering dalam tempoh beberapa minggu, kerugian mungkin mencecah 15 bilion baht (RM1.9 bilion).

“Jumlah itu adalah kira-kira 0.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) negara,” katanya. - metro

Thailand Mungkin Rugi RM15.16 Bilion Akibat Banjir Thailand Mungkin Rugi RM15.16 Bilion Akibat Banjir Reviewed by uMieySurianie on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.