Seo Services

Tiada Kompromi Terhadap Pengusaha Barang Lusuh Tanpa Lesen


KUCHING: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha kedai barangan lusuh (terpakai) di bawah Akta Peniaga Sekendhend 1946 yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Februari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya akan melancarkan Ops Lusuh di seluruh negeri di bawah akta tersebut yang sudah dikuatkuasakan sejak 2014.

Justeru, beliau mengingatkan terutama pengusaha kedai barangan lusuh yang masih belum memiliki lesen untuk memohonnya daripada pihak polis bagi mengelak daripada diambil tindakan undang-undang.

“Akta barang-barang lusuh ini telah berkuat kuasa sejak 2014 dan secara umumnya memberi kuasa kepada polis untuk meluluskan semua permohonan lesen daripada peniaga-peniaga barang-barang lusuh atau terpakai.

“Bermula 1 Februari ini, Jabatan Pencegahan Jenayah merancang Ops Lusuh di seluruh negeri dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana premis yang beroperasi tanpa lesen,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Menurut Mazlan, sebanyak 438 permohonan lesen telah diterima sehingga semalam, namun masih terdapat 198 lagi daripadanya belum diluluskan.

“Kelewatan memproses adalah disebabkan pemohon sendiri yang gagal melengkapkan borang, gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti penyata bank dan lesen perniagaan,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Mazlan memberitahu melalui akta tersebut diharap kegiatan jenayah seperti curi kabel, besi dan sebagainya dapat dibendung.

“Pada tahun lepas, seramai 23 suspek dan 12 daripadanya telah dituduh di mahkamah dan kabel-kabel yang dicuri dianggarkan bernilai RM674,580 berjaya dirampas,” katanya.-UB

Tiada Kompromi Terhadap Pengusaha Barang Lusuh Tanpa Lesen Tiada Kompromi Terhadap Pengusaha Barang Lusuh Tanpa Lesen Reviewed by Unknown on January 18, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.