Seo Services

'WhatsApp Group' Banyak Bantu Komuniti Banteras Jenayah


KUALA LUMPUR - Penggunaan teknologi komunikasi terkini seperti aplikasi WhatsApp secara berkumpulan menjadi satu daripada kaedah terbaharu dalam membanteras jenayah seperti kes pecah rumah, ragut dan curi kenderaan.

Ini dilihat berkesan terutama dalam satu kawasan perumahan atau taman tertentu, selain kaedah konvensional seperti rondaan kawasan dan pondok keselamatan oleh pasukan polis dan persatuan penduduk.

Maklumat yang disampaikan melalui WhatsApp berkumpulan yang disertai penduduk sesuatu komuniti dilihat mampu menyelamatkan sesebuah kediaman daripada dipecah masuk pencuri dengan bantuan penduduk malah pasukan keselamatan juga dapat bertindak segera sebaik maklumat diterima.

Sebagai contoh, keprihatinan penduduk di sekitar Taman Keramat AU2, di sini dalam berkongsi maklumat berkaitan kejadian pecah rumah menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp wajar menjadi ikutan komuniti lain sebagai langkah berkesan mencegah jenayah itu.

Menurut Ketua Penggerak Komuniti dan Keselamatan AU2 Ismail Mohd Rashid, 46, idea itu tercetus selepas mendengar keluhan penduduk yang sering menjadi mangsa kejadian pecah rumah sejak beberapa tahun lepas. - Bernama

'WhatsApp Group' Banyak Bantu Komuniti Banteras Jenayah 'WhatsApp Group' Banyak Bantu Komuniti Banteras Jenayah Reviewed by Unknown on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.