Seo Services

Khalid Abdul Samad Didenda RM2,900 Kerana Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah Di Surau

KLANG, 19 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas didapati bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, enam tahun lepas.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim turut memerintahkan Khalid, 60, yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Beliau bagaimanapun membayar denda tersebut.

Khalid didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Seri Sementa, antara 10 malam dan 11.50 malam pada 16 Ogos 2011, dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

-- BERNAMA
Khalid Abdul Samad Didenda RM2,900 Kerana Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah Di Surau Khalid Abdul Samad Didenda RM2,900 Kerana Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah Di Surau Reviewed by Admin on January 19, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.