PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sentiasa berbelanja secara berhemah, tidak boros dan mengikut kemampuan, sekali gus menjadikan Malaysia berada pada landasan ekonomi yang betul.
Perdana Menteri berkata, dalam urusan ekonomi dan kewangan, kerajaan berpandangan jauh dan tidak tergesa-gesa berbelanja serta memastikan pinjaman yang dibuat adalah untuk pelaburan produktif.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bukan seperti pembangkang yang tidak berpijak di bumi nyata apabila menjanjikan sesuatu semata-mata bagi meraih sokongan. "Kita sebagai kerajaan tidak boleh bersikap demikian.
Apa juga yang kita cakap dan keputusan kita, ia mesti tepat sebab kalau kita salah buat keputusan, kesannya amat buruk kepada negara dan rakyat. "Kita berada pada landasan ekonomi yang baik. Walaupun banyak faktor luaran tapi Alhamdulillah, kita mencatatkan prestasi yang menggalakkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 bagi Perbendaharaan Malaysia di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dan Datuk Lee Chee Leong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Perdana Menteri berkata, pada tahun ini, kerajaan akan berusaha meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi antara 43 perarus dan 48 peratus serta memastikan hutang negara sentiasa berada di bawah paras 55 peratus.
"Sedikit demi sedikit, kita menjurus kepada bajet berimbang dan insya-Allah, kita akan dapat mencapai matlamat," katanya. Pada majlis itu, seramai 81 pegawai dan kakitangan Perbendaharaan menerima anugerah atas prestasi serta sumbangan mereka. - BH
Kerajaan Bukan Boros - PM
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2017
Rating:
No comments: