KATA orang, kalau sudah jodoh, tidak ke mana.
Begitulah kisah seorang wanita Indonesia yang merealisasikan impian K-Pop apabila dia berjaya bertemu 'putera' Koreanya sendiri.
Vera Nanda Putri selama ini memang terpesona dengan negara Korea dan budaya masyarakatnya selepas menonton rancangan popular Running Man.
Pada tahun 2015, dia membuat keputusan untuk pergi ke Korea Selatan untuk mengikuti kursus bahasa di Universiti Kebangsaan Seoul.
Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan seorang pereka grafik Korea bernama Jun, dan hubungan mesra antara mereka berdua pun bermula.
Tetapi seperti kebanyakan hubungan lain, mereka turut berhadapan dengan masalah. Oleh kerana perbezaan budaya, Vera pernah mempunyai keraguan terhadap hubungannya itu, menurut portal berita hiburan, Koreaboo.
Di samping itu, hubungan mereka juga telah diejek di media sosial dan Vera dibuli oleh segelintir netizen yang berpendapat bahawa dia tidak cukup cantik untuk menjadi teman wanita Jun.
Walau bagaimanapun, Jun membuktikan keikhlasan cintanya kepada Vera apabila dia membuat panggilan telefon kepada ayahnya meminta restu untuk berkahwin seperti yang dirancang oleh pasangan itu.
Selepas bapa Vera bersetuju, pasangan itu terbang ke Jakarta di mana Jun secara rasmi melamar teman wanitanya.
Pasangan itu berkahwin pada Februari lalu dengan mengadakan dua majlis meraikan budaya Indonesia dan Korea.- Awani
Wanita Indonesia Kahwin Lelaki Korea idamannya, Tidak Peduli Dibuli Netizen
Reviewed by uMieySurianie
on
April 27, 2017
Rating:
No comments: