Seo Services

Penduduk Luar Bandar Diminta Jangan Halang Projek Pembangunan


Penduduk di kawasan luar bandar khususnya diminta tidak menghalang projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kesejahteraan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Memetik laporan Utusan Borneo, Entulu berharap penduduk tempatan dapat memberi kerjasama sekiranya projek berkenaan melibatkan tanah persendirian.

“Sehubungan itu, saya ingin menasihati pemilik tanah yang terlibat supaya jangan menghalang projek tersebut jika ia melalui tanah anda,"

“Ini kerana tindakan itu hanya mengganggu pelaksanaan projek dan seterusnya memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, umum mengetahui setiap pelaksanaan projek pembangunan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya akan melalui tanah milik rakyat. - Sarawakiana
Penduduk Luar Bandar Diminta Jangan Halang Projek Pembangunan Penduduk Luar Bandar Diminta Jangan Halang Projek Pembangunan Reviewed by Unknown on August 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.