Dalam usaha mengelakkan jurang kepandaian antara pelajar, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menghentikan sepenuhnya amalan pengasingan kelas melalui ujian kemasukan Tahun 1 mulai 2019.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata arahan itu merupakan kaedah sekolah untuk mengejar pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI).
Jabatan Pendidikan Negeri juga perlu menghentikan sekolah kawalan yang memilih pelajar berdasarkan pencapaian akademik, sukan dan disiplin yang tidak sejajar dasar pendidikan negara.
Sekolah atau kelas kawalan di peringkat menengah bertujuan menyisih pelajar baik yang gagal ke sekolah berasrama penuh dengan pelajar kurang cemerlang.
“Kita tidak menggalakkan amalan ini yang kadangkala menyusahkan pelajar kerana ada sesetengah kes, pelajar terpaksa pergi ke sekolah jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampiran kawasan perumahannya,” demikian memetik laporan Berita Harian.
“Selaras Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.
“Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu,” katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki, Nilai, semalam.
Dalam pada itu Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mengeluarkan pekeliling berhubung amalan lama itu, namun mengharapkan pentadbir sekolah memahami dan menerapkan amalan seiring dasar pendidikan negara. - Tv14
Henti Amalan Asing Pelajar Ikut Kepandaian - Kementerian Pendidikan
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2017
Rating:
No comments: