PASANGAN suami isteri Jepun ditangkap selepas didakwa mengurung anak perempuan mereka lebih dari 15 tahun sebelum dia mati kesejukan pada usia 33 tahun, media tempatan melaporkan Rabu.
Yasutaka Kakimoto, 55, dan isterinya, Yukari, 53, yang tinggal di Osaka mengaku mengunci anak perempuan mereka Airi di sebuah bilik kecil berukuran tiga meter persegi dari usia 16 atau 17 tahun, menurut Kyodo News.
Bedah siasat menunjukkan Airi telah mati beku dan kekurangan zat, dengan berat kira-kira 19kg.
Pasangan itu memberitahu polis mereka mengurung Airi kerana dia sakit mental dan bertindak ganas, menurut penyiar kebangsaan NHK, sambil menambah bilik itu mempunyai interkom yang digunakan keluarga untuk berkomunikasi dengannya.
Mereka dilaporkan memberi makan anak perempuan mereka sekali sehari.
Polis dipetik sebagai berkata bahawa pasangan itu memberitahu: "Anak perempuan kami sakit jiwa dan dari usia 16 atau 17 tahun dia bertindak ganas, jadi kami meletakkannya di dalam bilik."
Mereka juga meletakkan lebih daripada 10 kamera pengawasan di sekitar rumah dan memasang pagar setinggi 6 kaki dalam usaha untuk menyembunyikan rahsia mereka, menurut akhbar Yomiuri Shimbun.
Selepas melaporkan kematiannya kepada polis, pasangan itu pada awalnya didakwa melakukan pelupusan mayat secara haram tetapi pihak polis juga mempertimbangkan pertuduhan lain termasuk melakukan pengurungan, menurut Kyodo.- mstar
Mati Beku Selepas 15 Tahun Dikurung Ibu Bapa
Reviewed by Unknown
on
December 28, 2017
Rating:
No comments: