HONG KONG: Ratusan penunjuk perasaan berarak sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan China yang meletakkan sebahagian besar stesen kereta api wilayah itu di bawah peraturan negara berkenaan.
Beberapa pertempuran turut meletus antara penunjuk perasaan dan anggota polis, manakala beberapa individu yang enggan meninggalkan lokasi protes diarah keluar oleh pengawal keselamatan.
Wilayah separa autonomi Hong Kong diletakkan di bawah pemerintahan berkonsepkan 'satu negara, dua sistem' selepas dikembalikan kepada China oleh Britain pada tahun 1997 dan menikmati hak yang tidak pernah dilihat di tanah besar seperti kebebasan bersuara serta penghakiman bebas.
Namun begitu, beberapa siri insiden meraih perhatian ramai berhubung hak autonomi dan sistem perundangan, termasuk memenjarakan beberapa aktivis pro demokrasi.
Aktivis Joshua Wong yang menyertai tunjuk perasaan itu berkata, tekanan dikenakan Parti Komunis China semakin buruk sejak tahun lalu.
Wong, 21, dipenjara pada Ogos lalu selepas terbabit dalam tunjuk perasaan pro demokrasi dikenali sebagai Gerakan Payung pada 2014, dan sedang menanti keputusan rayuan terhadap hukuman penjara enam bulan itu.
"Untuk tahun 2018 ini, saya harap semua penduduk Hong Kong bangkit sebagai pejuang dan memenangi semula semua hak yang dirampas oleh Beijing," katanya.
Sebahagian penunjuk perasaan itu berang atas perjanjian yang meletakkan separuh daripada perkhidmatan kereta api wilayah itu di bawah sistem perundangan China. - AFP
Rakyat Hong Kong Protes Keputusan Kerajaan China
Reviewed by Azmin
on
January 02, 2018
Rating:
No comments: