Seo Services

Trump Ancam Henti Bantu Pakistan


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengancam menghentikan bantuan kepada Pakistan menerusi Twitter pertamanya pada 2018, kerana dianggap 'berbohong' dan 'menipu'.

Malah, Trump menganggap Islamabad menyediakan 'syurga perlindungan untuk kumpulan pengganas.'

Kenyataan Trump ternyata mengundang reaksi pantas Pakistan yang mengatakan negara itu sudah melakukan banyak perkara untuk membantu Washington, terutama dalam menghapuskan kumpulan al-Qaeda.

Islamabad dalam nada kecewa berkata, semua pengorbanan akhirnya dibalas dengan kecaman dan rasa curiga.

Hubungan lama Amerika Syarikat-Pakistan terjejas di bawah pentadbiran Trump susulan tindakan presiden itu pada Ogos lalu, yang mendakwa Pakistan sering memberi perlindungan kepada ejen pengganas.

"Amerika Syarikat diperbodohkan dengan memberikan bantuan lebih AS$33 bilion (RM134 bilion) selama 15 tahun dan mereka tidak memberikan apa-apa sebagai balasan melainkan 'pembohongan dan penipuan'," tulisnya.

Menteri Luar Pakistan, Khawaja Muhamamd Asif menjawab kenyataan itu dengan marah dalam satu temuramah di stesen televisyen Geo dengan mengatakan semua dana yang disalurkan diaudit dengan betul dan perkhidmatan sudah dilaksanakan.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khurram Dastgir Khan menerusi laman Twitter menulis, Pakistan sebagai sekutu anti pengganas sudah memberikan tanah, komunikasi udara, pangkalan udara dan kerjasama ketenteraan dalam usaha membanteras al-Qaeda selama 16 tahun tetapi mendapat kecaman dan rasa curiga sebagai balasan.

Minggu lalu, The New York Times melaporkan pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan untuk menahan bantuan AS$255 juta (RM1.4 bilion) yang sudah tertangguh kepada Islamabad kerana kegagalan menghapuskan kumpulan pengganas di Pakistan. - AFP
Trump Ancam Henti Bantu Pakistan Trump Ancam Henti Bantu Pakistan Reviewed by Azmin on January 02, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.