Seo Services

Mesej palsu kaitkan TMJ disiasat bawah Akta Antiberita Tidak Benar


KOTA TINGGI, 14 April (Bernama) -- Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan memberi bantuan di beberapa pasar raya merupakan kes pertama disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata ini membuktikan akta itu yang diwartakan pada Rabu lepas digubal untuk melindungi semua pihak yang menjadi mangsa berita palsu dan bukannya untuk melindungi kerajaan seperti didakwa pihak tertentu.

"Saya yakin dalam pilihan raya umum ke-14, (akan) banyak berlaku (berita palsu). Penggubalan akta ini mengambil kira situasi media sosial di negara kita yang digunakan sebagai platform untuk bersuara.

"Sama ada suara itu sumbang atau tidak, semua pihak perlu gunakan platform itu mengikut lunas undang-undang," katanya ketika diminta mengulas kes pertama yang disiasat di bawah akta itu.

Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Cek Peneroka Felda Sifar Hutang Peringkat Parlimen Pengerang, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 361 peneroka menerima cek yang keseluruhannya bernilai RM1.8 juta.

-- BERNAMA
Mesej palsu kaitkan TMJ disiasat bawah Akta Antiberita Tidak Benar Mesej palsu kaitkan TMJ disiasat bawah Akta Antiberita Tidak Benar Reviewed by Admin on April 14, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.