Seo Services

Tentera Tahan 2 Pemburu Miliki Senapang Buatan Sendiri


LUNDU: Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) menahan dua lelaki tempatan dipercayai pemburu haram kerana memiliki senapang buatan sendiri dalam satu operasi di Kampung Kandaie, Biawak dekat sini malam tadi.

Jurucakap 13RAMD berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 12.20 malam dalam satu sekatan jalan raya ketika sedang menunggang motosikal untuk ke hutan berhampiran.

"Hasil pemeriksaan menemui dua laras senapang patah yang dipercayai buatan sendiri bersama beberapa butir peluru yang disimpan di dalam guni," katanya

Suspek dibawa ke Balai Polis Lundu untuk siasatan lanjut. - Sarawakiana
Tentera Tahan 2 Pemburu Miliki Senapang Buatan Sendiri Tentera Tahan 2 Pemburu Miliki Senapang Buatan Sendiri Reviewed by Admin on April 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.