Seo Services

Cool! Ular sawa sebagai haiwan peliharaan


Kebiasaanya kita melihat orang lebih suka memelihara kucing, arnab, anjing dan lain-lain sebagai haiwan peliharaan. Tetapi, pernahkah anda melihat orang memelihara ular sawa sebagai haiwan peliharaan? Mendengar perkataan ular saja sudah membuatkan anda berasa geli dan takut terhadap ular bukan.

Akan tetapi memelihara ular sudah menjadi ‘trend’ dikalangan masyarakat sekarang. Bilangan orang yang meminati haiwan berdarah sejuk ini semakin meningkat dari hari ke hari. Mereka menjadikan haiwan eksotik ini sebagai peliharaan yang ekstrem bagi sesetengah orang.

Ular masih lagi dianggap haiwan yang merbahaya dan patut dijauhi. Sejak dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan,

‘Ballpython’ merupakan satu spesies ular sawa yang ditemui di Afrika. Ular ini adalah yang terkecil dalam kalangan ular sawa Afrika dan amat digemari sebagai haiwan belaan terutamanya disebabkan oleh sifatnya yang jinak pada kebiasaannya.

Ukuran seekor BallPhyton dewasa ialah 4-6 kaki dan boleh mencapai usia hidup sehingga 20 tahun. Ball Phyton hanya diberi makan 2-3 kali seminggu.

Biasanya ia diberi makan tikus putih kerana harganya yang murah tetapi juka mahu berikan hamster juga tiada masalah tetapi sanggupkah anda lihat hamster yang comel itu ditelan ular ini? Ular dewasa boleh diberi makan 3-4 ekor tikus pada satu masa atau boleh digantikan dengan tikus mondok dewasa.

Spesies ini tidak dibahagikan kepada subspesies. Ular ini diberi jolokan "ballpython" sempena kecenderungannya untuk membelit dirinya menjadi bebola apabila tertekan atau takut.

Nama saintifiknya adalah regius bersempena kononnya bahawa Firaun Mesir, Cleopatra pernah memakai ular ini di keliling pergelangan tangannya.

Ular ini boleh diletakkan dalam akuarium yang kecil ataupun bekas menyimpan barang yang bersaiz sederhana. Bedding pula boleh menggunakan kertas ataupun kulit kayu yang biasa dipakai untuk hamster.

Yang paling penting perlu ada dalam akuarium ular ini ialah bekas air bersaiz sederhana untuk ular ini berendam dan juga tempat untuk ia bersembunyi. Lampu diperlukan untuk memanaskan suhu badan haiwan yang berdarah sejuk ini.


Kandang ular ini haruslah sentiasa bersih untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan bakteria dan kutu.

Kos memelihara ular ini sebenarnya tidaklah tinggi mana cuma harganya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Haiwan ini memerlukan lesen yang sah dari PERHILITAN kerana ia merupakan antara dibawah perlindungan.
Cool! Ular sawa sebagai haiwan peliharaan Cool! Ular sawa sebagai haiwan peliharaan Reviewed by Admin on May 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.