Seo Services

Laman sosial VIMEO diharamkan di Indonesia kerana berunsur lucah


JAKARTA - INDONESIA. Indonesia, semalam mengenakan larangan ke atas laman perkongsian video terkenal Vimeo kerana didakwa mengandungi kandungan berunsur lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.

Pengumuman sekatan laman yang berpangkalan di Amerika Syarikat terbabit dibuat Kementerian Komunikasi selepas penemuan beberapa laman seperti Art of Nakedness dan Nudie Cutie yang memaparkan imej wanita bogel.

"Tindakan itu dibuat selepas kami menerima aduan mengenai laman web itu,"menurut kementerian itu.

Menurut laporan AFP, sebelum ini, Menteri Komunikasi Tifatul Sembiring melancarkan kempen membantah bahan haram di internet dan kini Vimeo tersenarai sebagai satu daripada 119 laman web lucah.
Laman sosial VIMEO diharamkan di Indonesia kerana berunsur lucah Laman sosial VIMEO diharamkan di Indonesia kerana berunsur lucah Reviewed by Unknown on May 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.