Seo Services

Dua lagi meninggal di Arab Saudi kerana Virus MERS

 
JEDDAH - Sekurang-kurangnya dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di Arab Saudi menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 107 orang.

Menurut Arab News, dua korban baharu itu merupakan seorang lelaki berusia 41 tahun dari bandar Tabuk di barat laut Arab Saudi dan seorang lagi berusia 81 tahun dari Riyadh.

Menteri Kesihatan Arab Saudi dalam laman webnya menyatakan, sebanyak 16 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam menjadikan kes keseluruhan MERS-CoV kini sebanyak 361.

Tujuh daripada kes itu dikesan di Riyadh, Jeddah (3), Tabuk (2) dan masing-masing satu di Mekah, Madinah, Najran dan Hafr Al-Batin.


Dua lagi meninggal di Arab Saudi kerana Virus MERS Dua lagi meninggal di Arab Saudi kerana Virus MERS Reviewed by Unknown on May 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.