Seo Services

Pemuda PBB sumbang RM9000 kepada mangsa kebakaran

Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tabuan Hj Drahman terus menerima kunjungan berbagai pihak bagi memberi sumbangan serta bantuan.

Terkini keluarga terbabit mendapat perhatian dari Pergerakan Pemuda PBB Sarawak.

Saudara Hamzah Brahim mewakili Ketua Pemuda Datuk Fadillah Yusof menyampaikan sumbangan berjumlah RM9000 kepada keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut.

Penyampaian sumbangan tersebut disaksikan oleh Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada khamis, 7 Mei lalu melibatkan 8 keluarga dan mengorbankan 3 sekeluarga, 2 kanak-kanak dan ibu mereka.

Turut hadir Exco Pemuda Saudara Madihi Mat.

Pemuda PBB sumbang RM9000 kepada mangsa kebakaran Pemuda PBB sumbang RM9000 kepada mangsa kebakaran Reviewed by Admin on May 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.