Seo Services

Seorang Maut , Empat Cedera Kemalangan Di Sibu


TANJUNG MANIS: Seorang wanita maut selepas pacuan empat roda yang dinaikinya hilang kawalan di Kilometer 110 Jalan Sibu-Tanjung Manis,petang semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 3 petang itu, mangsa yang dikenalpasti sebagai, Nor Azan Dahiri, 26, dan empat saudaranya dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kampung Penibong dari Sibu.

Walau bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, Toyota Hilux yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terbalik.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah, manakala empat yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Halfatika Haldin, 26, Maidi Busri, 37, Abdul Karim Keri, 25, dan Zulfikar Zawawi, 21.

Kesemua mereka dirujuk ke Hospital Umum Sibu untuk rawatan lanjut.-Sarawakiana
Seorang Maut , Empat Cedera Kemalangan Di Sibu Seorang Maut , Empat Cedera Kemalangan Di Sibu Reviewed by Unknown on October 12, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.