Terkini, Malaysia Airlines ‘secara teknikalnya sudah muflis’, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller pada Isnin ketika membentangkan pelan strategik pemulihan syarikat penerbangan tersebut.
“Kita secara teknikalnya muflis dan prestasi yang merudum telah berlaku sebelum peristiwa tragik sepanjang tahun 2014,” ujar Mueller kepada media, merujuk kepada dua tragedi melibatkan pesawat MAS pada tahun lalu.
Malaysia Airlines mengambil tindakan awal berimpak besar di bawah pengurusan Mueller, apabila daripada 20,000 kakitangan yang diberhentikan hanya 14,000 daripadanya yang diberikan surat tawaran kerja di syarikat baharu.
Dalam sidang media pertamanya itu, beliau secara tidak langsung mengesahkan tentang 6,000 kakitangan MAS yang tidak akan menerima surat tawaran kerja bagi menyertai syarikat MAS NewCo.
Sebelum ini Mueller pernah membuat perubahan drastik bagi mengubah operasi syarikat penerbangan Ireland iaitu Aer Lingus dan syarikat Sabena dari Belgium. Tindakan memberhentikan pekerja telah membuatkan Mueller mendapat jolokan nama ‘The Terminator’.
Untuk masa depan MAS, Mueller membentangkan fasa pemulihan yang bermula pada 1 September nanti dengan imej jenama baharu yang belum didedahkan. Dijangkakan beliau akan mengumumkan suatu perubahan bagi menghapuskan stigma tahun bencana 2014.
Astro Awani
“MAS Secara Teknikal Sudah Muflis" – Christoph Muller
Reviewed by Unknown
on
June 03, 2015
Rating:
No comments: