KUCHING: Kenyataan seorang pemimpin DAP Sarawak, Violet Yong yang meminta orang ramai mencurigai imej baik Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan gagal memenuhi banyak janji adalah contoh kebiasaan budaya politik parti itu yang sentiasa buruk sangka dan memandang rendah orang lain.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak (BNBBC) Abdullah Saidol berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pen-ding itu baru-baru ini menerusi beberapa akhbar berbahasa Cina juga mendakwa sikap keterbukaan Adenan merupakan susulan cadangan DAP.
Abdullah berkata ternyata semua wakil rakyat DAP tidak mengenali sikap Ketua Menteri yang semula jadi mudah didekati, peramah dan bersahaja.
Tetapi bila mengendali perkara yang penting, Adenan mampu bersikap tegas dan bijak.
“Violet serta seluruh warga DAP Sarawak sepatutnya melihat imej diri mereka sendiri.
“Contohnya, seluruh rakyat Sarawak tentu masih ingat sikap Pengerusi DAP Sarawak (Chong Chieng Jen) yang mempersendakan lagu kebangsaan.
“Walaupun beliau memohon maaf tapi begitulah tahap kematangan mereka,” ujarnya mengulas mengenai kenyataan pemimpin-pe-mimpin DAP baru-baru ini.
Abdullah berkata DAP Sarawak juga sering menjemput rakan DAP dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak untuk memberi ceramah dengan nada sombong mengajar cara mengurus negeri ini.
Katanya, ada antara ‘pelawat’ DAP terkenal dengan perangai suka membuat kenyataan-kenyataan yang berunsur hasutan serta fitnah yang melampau. Tapi DAP Sarawak sering mengelirukan orang ramai dengan mengatakan mereka bebas daripada pengaruh DAP Pusat.
Menurutnya, Ketua Men-teri baru-baru ini memberi peruntukan RM4 juta kepada sekolah-sekolah Cina setelah memberi RM3 juta pada tahun lepas.
“Dalam masa singkat selepas menjadi Ketua Menteri, Adenan telah mengejutkan ramai warga negeri ini dengan budaya kerja yang memen-tingkan keputusan cepat serta ketegasannya.
“Antara lain ialah usaha membasmi pembalakan ha-ram, tarif elektrik turun, hapus tol, hapus pendatang haram, memohon lebih banyak peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan Petronas, polisi tanah yang lebih liberal, tiada hudud di Sarawak dan saya percaya banyak lagi akan datang,” ujarnya.
Abdullah berkata masyara-kat Cina mula mengagumi beliau. Mungkin populariti Adenan menyebabkan pembangkang kurang senang dan mula bercelaru.
“Saya memohon kepada semua penyokong DAP untuk mempersoalkan apa sumba-ngan sebenar DAP kepada masyarakat Cina selain daripada membuat bising berpolitik sepanjang penggal mereka dipilih sehingga pilihan raya seterusnya.
“Tabiat terbaharu DAP ialah sering menuntut setiap inisiatif baik daripada Ketua Menteri adalah hasil daripada usaha mereka,” katanya sambil menambah, penyokong DAP harus sedar budaya politik mereka amalkan semakin lama semakin jelik dan membosankan.
Beliau mengajak penyokong DAP melihat contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang. Berapa banyak janji pilihan raya DAP yang sebenarnya menjadi realiti?
Sebaliknya kerajaan DAP Pulau Pinang banyak memperkenalkan polisi-polisi yang bertentangan dengan janji.
Menurutnya lagi, Violet seterusnya menyeru supaya DAP terus dipilih supaya Adenan dan kerajaan akan mendapat nasihat yang baik daripada mereka.
“Seterusnya Chong dan Alan Ling (setiausaha agung DAP) menyeru supaya BN Sarawak keluar daripada BN Pusat dan mencabar supaya semua Ahli Parlimen Sarawak letak jawatan.
“Sepatutnya penyokong DAP harus menuntut supaya semua Ahli Parlimen DAP Sarawak letak jawatan kerana bersekongkol dengan PAS yang memperkenalkan undang-undang hudud,” katanya.
Beliau berkata kenyata-an-kenyataan celaru DAP semakin terserlah dan ini membuktikan keadaan mereka yang semakin terdesak dan hala tuju politik mereka yang ‘syok sendiri’.
Tetapi yang peliknya, me-nurut Abdullah, parti itu terus mendapat sokongan terutama sekali daripada masyarakat bandar dan tiada tanda-tanda sokongan ini akan berubah.
“Kalau keadaan begini berterusan, saya ingin mencadangkan, dan saya yakin rakan-rakan BNBBC saya akan menyokong terutama wakil rakyat luar bandar supaya dalam belanjawan negeri akan datang agar peruntukan lebih banyak difokuskan kepada usaha memajukan luar bandar di mana majoriti masyarakatnya sekian lama adalah penyokong kuat BN,” tegasnya.
Abdullah mengingatkan bahawa dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri diwakili wakil rakyat dari kawasan luar bandar, sambil mempersoalkan kewajaran memanjakan kumpulan penyokong yang tidak pernah bersyukur dengan usaha kerajaan. Biar DAP mengurus masalah mereka.
Katanya, mungkin penyo-kong DAP gemar melihat mereka berpolitik sepanjang masa dan menyalurkan per-untukan untuk projek-projek kecil bermotif politik di kawasan luar bandar terpilih demi meneruskan kempen meraih undi penyokong Bumiputera.
“Kita bersyukur dan menghargai usaha KM Adenan yang berjaya mendapat per-untukan tambahan sebanyak RM500 juta untuk disalurkan ke arah memakmurkan kawasan desa.
“Kalau KM Adenan terus-kan usaha membawa perubahan di pedalaman termasuk transformasi jentera kerajaan dengan memasukkan nilai-nilai integriti, kecekapan dan memperkenalkan polisi-polisi yang berkiblatkan rakyat, sudah tentu keyakinan rakyat akan bertambah kukuh untuk terus menyokong BN dan menguasai dua pertiga majoriti di DUN,” ujarnya.
Beliau berkata Adenan harus diberi peluang serta mandat yang besar untuk memberi peluang kepada beliau membukti kesungguhan meneruskan pelbagai usaha ke arah membentuk sebuah negeri termaju di Malaysia.
“Yang semakin ketara pada kekuatan Adenan ialah di jiwanya ada semangat ‘Ngap Sayot’ dan di hatinya ada kebajikan rakyat,” jelasnya.
Beliau menegaskan adalah malang jika masyarakat Cina bersikap untuk terus memilih DAP dan akhirnya tiada wakil dalam kerajaan BN yang memerintah.
“Masyarakat Bumiputera juga harus berhati-hati dengan DAP. Cuba lihat nasib masyarakat Bumiputera termasuk kaum India di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP,” katanya.-BP
DAP Cuba Semai Imej Buruk KM Di Mata Rakyat
Reviewed by Unknown
on
June 03, 2015
Rating:
No comments: