Seo Services

Status Halal Corned Beef Greatwall Brand Tidak Diiktiraf


Kuching : Produk makanan tin Corned Beef jenama Greatwall Brand keluaran China tidak dijual di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit sekitar bandar raya ini.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati sukar untuk melihat produk makanan tin berlogo halal yang dicemari DNA babi itu dijual di pasaran.

Produk makanan tin itu kembali menjadi perbualan hangat di laman sosial seperti Facebook kerana ia didakwa masih terjual.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, produk tersebut mempunyai keraguan terutama dari segi logo halal.

Sehubungan itu menurutnya, kerajaan negeri tidak mengiktiraf status halal produk tersebut.

“Kita sedia maklum produk ini ada keraguan termasuk logo halal, jadi kita tidak mengik-tiraf status halal produk ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menasihati umat Islam supaya tidak memakan produk itu kerana terdapat keraguan.
“Tidak perlu umat Islam makan produk ini sebab ada keraguan,” ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Ne-geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak masih belum menerima laporan mengenai produk tersebut masih terjual di pasaran.

“Buat masa ini kita masih belum menerima sebarang laporan mengenai penjualan produk ini di pasaran,” jelas ketua Penguat Kuasanya Abdul Hafiz Abdul Rahim.

Bagaimanapun menurutnya, pemantauan akan terus dijalankan pihaknya untuk memastikan produk tersebut tidak dijual di pasaran.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga perlu bertindak agar umat Islam di negeri ini tidak tertipu dengan produk tersebut.

“Kita tidak mahu ada kalangan umat Islam tertipu dengan produk ini kerana mempunyai logo halal,” katanya. - UB
Status Halal Corned Beef Greatwall Brand Tidak Diiktiraf Status Halal Corned Beef Greatwall Brand Tidak Diiktiraf Reviewed by Unknown on June 03, 2015 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.