Seo Services

Maybank Buka Pusat Kekayaan Peribadi Di Kuching


Maybank mengembangkan Pusat Kekayaan Peribadi ke Sarawak untuk menjana pertumbuhan dalam segmen pelanggan kaya di Malaysia Timur.

Pelancaran Pusat Kekayaan Peribadi itu terletak dalam premis sama dengan Pusat Premier Maybank, di Crown Tower, Kuching.

Ketua Perniagaan Kekayaan Peribadi Serantau Maybank, Alvin Lee berkata, pelancaran Pusat Kekayaan peribadi di Kuching ini adalah selaras dengan permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan untuk perkhidmatan kewangan peribadi yang disesuaikan dengan keperluan pelaburan, tahap pendapatan dan profil risiko mereka.

"Pusat Kekayaan Pelanggan di Kuching merupakan kemudahan kami yang pertama dibangunkan di Malaysia Timur selain turut memiliki enam buah Pusat Kekayaan Premier yang sedia ada di Sabah dan Sarawak.

"Berikutan meningkatnya permintaan bagi segmen pelanggan kaya yang mendapat khidmat di pusat Kekayaan Pelanggan Maybank, kami telah membuka pusat Kekayaan Peribadi yang baharu untuk memenuhi keperluan kewangan bagi segmen pasaran ini," katanya.

Pengurusan Kekayaan Pelanggan Maybank kekal menjadi satu daripada bidang utama bagi pertumbuhannya untuk beberapa tahun akan datang.

Jumlah aset Perniagaan kekayaan Peribadi Maybank mencatatkan kira-kira RM20 bilion Jumlah Aset Kewangan (TFA) pada September 2015.

Apabila digabungkan dengan dengan segmen Kekayaan Premier, perniagaan Pengurusan Kekayaan Maybank adalah sebanyak RM150 bilion.

Alvin berkata, kemudahan yang dibangunkan di Kuching akan menawarkan produk dan perkhidmatan lengkap, termasuk khidmat nasihat pelaburan untuk memaksimumkan pulangan pelanggan.

Ia juga memberi tumpuan yang lebih baik terhadap keperluan pelanggan bagi meningkatkan kekayaan mereka. - sumber
Maybank Buka Pusat Kekayaan Peribadi Di Kuching Maybank Buka Pusat Kekayaan Peribadi Di Kuching Reviewed by Unknown on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.