Seo Services

Kantoi Rakam Video Wanita Mandi


SIBU: Tindakan seorang suami penjawat awam memalukan isteri sendiri apabila cubaan merakam video wanita lain menggunakan telefon bimbit ‘kantoi’ pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, suspek, 27, didapati cuba merakam video wanita berusia 20-an terbabit sedang mandi dalam bilik air di sebuah rumah sewa di Permai di sini jam 8.30 pagi.

Dalam insiden tersebut, mangsa bertindak menyiram air ke arah tingkap bilik mandi selepas mendapati ada tangan memegang telefon pintar di luar tingkap bilik mandi itu.

Jeritan mangsa memaksa suspek beredar dari situ.

Sejurus selepas insiden itu, mangsa memasuki bilik sewanya sebelum memaklumkan insiden itu kepada ahli keluarganya.

Difahamkan suspek juga mengetuk pintu bilik mangsa tidak lama selepas itu namun mangsa berada dalam ketakutan enggan membuka pintu bilik sehingga ahli keluarganya tiba sekitar jam 10 pagi.

Suspek kemudian dipanggil oleh ahli keluarga mangsa sebelum bertindak mengambil sebuah komputer riba dan telefon bimbit suspek.

Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa gagal menemui sebarang gambar atau video dalam komputer riba dan telefon suspek.

Difahamkan suspek merupakan seorang penjawat awam bekerja di Kanowit dan sering berkunjung ke rumah sewa tersebut di mana isterinya merupakan seorang penyewa di situ.

Mangsa membuat laporan polis dan kes dalam siasatan.-UB
Kantoi Rakam Video Wanita Mandi Kantoi Rakam Video Wanita Mandi Reviewed by Unknown on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.