Seo Services

Rafflesia Hidupkan Taman Negara Gunung Gading


LUNDU sebuah bandar kecil yang semakin pesat berkembang serta tidak ketinggalan menikmati arus pembangunan Negeri Sarawak. Terdapat hasil nelayan dan pertanian menjadi sumber utama ekonomi Lundu. Kini Lundu telah berkembang pesat setelah industri pelancongan mula melibatkan diri mengubah struktur ekonomi Lundu.

Setibanya di Lundu pasti akan melihat tersergam gah Gunung Gading yang menjadi lanskap bandar Lundu. Gunung Gading tersembunyi khazanah hutan yang begitu berharga untuk tatapan pengunjung. Yang menarik di Gunung Gading ialah terdapat pelbagai spesis bunga Rafflesia bunga Pagma yang terbesar di dunia.

Pada tanggal 1 Ogos 1983, Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara sebagai kawasan pemuliharaan bunga Rafflesia. Di Sarawak terdapat 17 jenis bunga Rafflesia dan segelintir bunga tersebut diancam kepupusan. Taman Negara Gunung Gading adalah tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang.

Di Sarawak terdapat 3 jenis Rafflesia yang masih boleh dilihat berkembang. Spesis tersebut ialah Rafflesia Pricei, Rafflesia Arnoldi dan Rafflesia Tuan-Mudae. Hanya bunga Rafflesia spesis Rafflesia Tuan-Mudae yang terdapat di Taman Negara Gunung Gading.

Pada tahun 1994, Taman Negara Gunung Gading telah dibuka kepada orang ramai untuk melihat sendiri bunga Rafflesia berkembang. Terdapat trek yang dibina untuk pengunjung merasai pengalaman menyusuri perjalanan di Gunung Gading. Laluan jalan kaki akan membawa pengunjung melihat flora dan fauna yang semulajadi yang terdapat di Gunung Gading.

Keindahan air terjun dan tempat mandi manda yang masih berlatar belakangkan hutan asli memberi pengalaman berguna kepada pengunjung. Di samping itu para pengunjung dapat melihat keindahan pantai-pantai Pandan dan Siar pada ketinggian yang tertentu yang menjadikan lanskap Taman Negara Gading begitu indah dan mempersonakan. - Sarawakiana
Rafflesia Hidupkan Taman Negara Gunung Gading Rafflesia Hidupkan Taman Negara Gunung Gading Reviewed by Admin on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.