Seo Services

Dua Remaja Direman Tiga Hari Kes Penipuan "Online" Di Sibu


SIBU : Dua remaja direman selama tiga hari kerana disyaki menjalankan kegiatan penipuan secara "online" melalui aplikasi WeChat.

Kedua-dua saspek remaja yang berumur dalam lingkungan 19 dan 20 tahun itu dilaporkan menipu secara dalam talian dimana mereka menawarkan perniagaan pembelian rokok berjenama.

Difahamkan pengadu telah membuat laporan polis pada 14 November lalu setelah mendapati dia bersama dua orang rakannya ditipu.

Pengadu mula berkenalan dengan suspek pada 18 Ogos lepas sekitar jam 5.30 petang melalui aplikasi WeChat.

Terpedaya dengan suspek yang hanya dikenali melalui WeChat, pada 24 Ogos lepas pengadu telah memasukkan wang yang turut dikumpul dari dua rakannya sebanyak lima kali ke akaun bank suspek yang berjumlah RM26,000.

Setelah wang tersebut dimasukkan ke akaun suspek, pengadu merasakan dirinya telah ditipu kerana suspek tidak dapat dihubungi dan barangan yang berupa rokok berjenama tersebut juga tidak sampai kepadanya sehingga kini.

Berdasarkan laporan polis tersebut, pihak polis berjaya menangkap dua suspek tersebut pada 15 November lepas dan telah ditahan reman tiga hari sejak semalam untuk siasatan lanjut.

ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan penangkapan kedua-dua suspek.-UtusanSarawak



Dua Remaja Direman Tiga Hari Kes Penipuan "Online" Di Sibu Dua Remaja Direman Tiga Hari Kes Penipuan "Online" Di Sibu Reviewed by Unknown on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.