Seo Services

#DUNSarawak : Aidel Saran Kerajaan Campur Tangan Dalam Penglibatan FELCRA


KUCHING: Kerajaan Negeri harus campur tangan dalam penglibatan FELCRA di dalam membangunkan ladang Kelapa Sawit di kalangan masyarakat ataupun di tanah- tanah di luar bandar.

ADUN N20, Ir Aidel Lariwoo berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri persidangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebentar tadi.

Aidel juga mendesak agar FELCRA dapat diganti dengan entiti Kerajaan yang lebih berkeupayaan memberi pulangan dan hasil dividen bonus yang lebih kepada peserta-peserta.

Menurutnya, seluas 6 ,286 hektar ladang FELCRA Bhd. yang melibatkan 2,995 orang peserta telah dibangunkan di Sarawak di kawasan Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

“Apa yang menjadi keluhan dan rungutan peserta-peserta FELCRA ialah tentang bayaran bonus atau diveden yang tidak setimpal dengan keluasan tanah-tanah yang mereka sertai,” katanya.

Tambah Aidel, ada di kalangan peserta yang mendakwa tanah yang berjumlah 10 ekar sudah di bangunkan oleh FELCRA sekitar 7 tahun atau 8 tahun yang lalu namun mereka hanya menerima sekitar RM700 ke RM800 ringgit sahaja setahun.

“Hal sedemikian tidak masuk akal dan saya mencadang supaya peserta-peserta mengambil alih terus, mengarang buah-buah kelapa sawit untuk di jual oleh mereka sendiri dan tidak lagi di urus oleh FELCRA Bhd, memandangkan pengurusan yang tidak cekap dan tidak memberi pulangan yang bagus kepada peserta-peserta,” tegasnya. - Sarawakiana
#DUNSarawak : Aidel Saran Kerajaan Campur Tangan Dalam Penglibatan FELCRA #DUNSarawak : Aidel Saran Kerajaan Campur Tangan Dalam Penglibatan FELCRA Reviewed by uMieySurianie on December 11, 2015 Rating: 5

3 comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.