Seo Services

Pelbagai Usaha Dilaksanakan Bagi Hapus Siput Gondang


KANGAR – Kerajaan Perlis melaksanakan pelbagai usaha untuk memusnahkan siput gondang, musuh utama pesawah yang merosakkan pokok padi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali.

Katanya Jabatan Pertanian yang diberi tanggungjawab itu turut mendapat kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Ancaman siput gondang atau nama saintifiknya ‘pomacea’, cepat membiak dan pantas memusnahkan pokok-pokok padi yang sedang membesar,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Bakri berkata antara usaha tersebut ialah menganjurkan program gotong royong mengutip siput gondang melibatkan pihak-pihak berkepentingan, penduduk tempatan dan anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Katanya program itu akan diperluaskan ke seluruh negeri berikutan usaha yang dibuat di Kampung Paya baru-baru ini membuahkan kesan positif apabila banyak siput gondang dapat dimusnahkan.

Selain itu kaedah biologi menggunakan itik untuk memakan siput gondang bagi mengurangkan populasi hidupan itu turut digunakan, katanya dan menambah kaedah kultura dengan menjadikan kulit nangka dan cempedak sebagai umpan untuk memerangkap siput itu memasuki perangkap turut dilaksanakan.

Ahmad Bakri berkata pesawah-pesawah disyorkan melakukan pembajakan kering pada musim penyediaan sawah agar telur atau anak-anak siput gondang dapat dimusnahkan sebelum ia sempat membiak. – BERNAMA
Pelbagai Usaha Dilaksanakan Bagi Hapus Siput Gondang Pelbagai Usaha Dilaksanakan Bagi Hapus Siput Gondang Reviewed by Unknown on December 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.