Seo Services

Keperihatinan Kerajaan Pusat Dan Negeri Mewujudkan KR1M Di Sarawak


Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah bukti keperihatian kerajaan negeri ini terhadap rakyat Sarawak sentiasa di jaga. KR1M telah menjadi pilihan utama rakyat Sarawak untuk berbelanja berikutan harga barangan yang dijual lebih rendah berbanding di tempat lain.

Justeru itu, hampir setiap daerah di negeri ini mempunyai KR1M terutama kawasan pedalaman serta luar bandar.

Malah, harga barangan yang dijual di kedai berkenaan lebih rendah berbanding harga barangan di kedai-kedai biasa.

Kewujudan KR1M bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat di kawasan bandar yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Melalui KR1M, diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan perbelanjaan harian penduduk di kota.

Selain itu juga, tujuan KR1M adalah untuk memastikan yang harga barang dapat diselia dengan mudah bagi memastikan harga yang ditawarkan kepada pengguna adalah relevan dan tidak membebankan rakyat.

Kewujudan KR1M ini memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Antara kebaikan KR1M adalah barangan yang dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Kualiti barangan yang dijual juga setanding dengan jenis barangan sama yang dijual dengan harga yang lebih tinggi di tempat lain. - Sarawakiana 
Keperihatinan Kerajaan Pusat Dan Negeri Mewujudkan KR1M Di Sarawak Keperihatinan Kerajaan Pusat  Dan Negeri Mewujudkan KR1M Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on March 06, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.