Ops Anti Penyeludupan Migran di Sibu malam kelmarin telah berjaya menahan seramai tiga orang warga Indonesia yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.
Ketiga-tiga warga Indonesia terbabit telah ditahan di sebuah pusat hiburan, Jalan Ramin Sibu oleh sepasukan anggota polis bahagian kongsi gelap/perjudian/maksiat D7 yang membuat pemeriksaan di premis berkenaan seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.
Kesemua mereka telah ditahan kerana salah seorang gagal mempamerkan passport dan mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.
Ketiga-tiga mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Ops Anti Penyeludupan Migran: Tiga Warga Indonesia Ditahan Di Pusat Hiburan
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2016
Rating:
No comments: